September 2010
M T W T F S S
« May    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

UserOnline

Iklan Text RM15.00 sebulan (Terhad 5 Text shj sebulan)/ Iklan Banner RM50.00 sebulan (Terhad 3 banner shj sebulan)

             

Nama: Email: Jenis Iklan:


Url Iklan anda: Info Iklan anda: 60 patah perkataan sahaja

 

 

Ruang Iklan

 

Homestay di Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi mereka yang ingin bercuti atau menghadiri konvo di UTM,skudai. Bolehlah menginap di homestay kami di Pulai Indah.  Pada kadar yang amat berpatutan………….

Untuk Info yg lebih lanjut… sila klik disini

Internet problem?

dari: pin[@]1.com.my

Sun, May 30, 2010 at 12:50 AM

A quick fix to your Internet Problem,

1. Restart your modem/router. Reconnect to get new IP address. Some IP ranges get faster speed than the others.

2. Use OpenDNS. Switch to 208.67.222.222 & 208.67.220.220. The two new DNSs resolve domain name faster.

TM has detected a cable fault on the submarine cable network between Malaysia and Europe
http://www.tm.com.my/about-tm/media-centre/announcements/Pages/INTERNETSERVICESDISRUPTIONDUETOCABLEFAULTONSMW4.aspx

Just to share

Pin

——————————————————————————-

info ini bukanlah dari buah fikiran pemilik blog tetapi adalah kiriman dari pembaca blog dan tiada kaitan dgn pemilik blog..dan pemilik blog tidak bertanggungjawab diatas artikel ini…

SEJARAH INTERNET

Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung bersama menerusi talian telefon….
Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, mesin tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah disambungkan pada akhir tahun 1969.

Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.
Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.

Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.

Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP “Network Control Protocol”. Setelah menkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.

Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan bersama. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah “internet” mula digunakan.

Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.

Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia.
Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.

Di Malaysia internet terlancar pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990.

SEJARAH RINGKAS INTERNET DI MALAYSIA

Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.

Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.

MIMOS mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.

Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.

Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari
Singapura, Brunei, dan Thailand.

Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.

Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.

Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.

Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.

Seterusnya, pada tanggal 7 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia Pasifik. Rangkaian yang dinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna Internet menghubungi halaman web di rantau Asia. Hubungan tersebut menyediakan akses lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada negara-negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone. Pada bulan Mei 1997, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara.

Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

Bagi menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan perkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan.

Penggunaan Internet dijangka akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media komunikasi multimedia utama dunia yang akan membawa kita semua ke alaf ke 21. Kita amat bertuah kerana telah dapat mengenalpasti potensi Internet lebih 10 tahun dahulu berbanding dengan negara lain di rantau ini.

JARING

Apa itu JARING?
JARING adalah rangkaian komputer yang telah dibangunkan oleh MIMOS Berhad, Malaysia yang menghubungkan kepada rangkaian yang lain di serata dunia melalui talian sewaan disambungkan ke Amerika Syarikat/Kanada, Jepun dan Singapura. Kesemua rangkaian ini membentuk rangkaian komunikasi data yang besar dikenali sebagai “internet”.

Objektif
1. Untuk menubuhkan rangkaian komunikasi data bersepadu.
2. Bagi meningkatkan aktiviti R&D.
3. Mempelajari dan menguji penggunaan teknologi komunikasi data dan kesan kepada aktiviti sosio-ekonomi.

Kenyataan projek
1. Menghubungkan internet secara global.
2. Pada kos yang termampu dan berpatutan.
3. Merangkumi rangkaian antarabangsa.
4. Tujuan menukar maklumat dan perkembangan lain.
5. Pembelajaran secara kreatif dan inovatif, penyelidikan dan aktiviti perniagaan.
6. Mempelopori dan membentuk masyarakat yang berinformasi.

Topologi (nod JARING)
Nod pensuisan JARING telah ditempatkan dikebanyakan bandar besar di Malaysia – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.
Di dalam kawasan Lembah Klang, nod-nod ditempatkan di Damansara, Brickfields, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang dan Bangi.

PEMBANGUNAN JARING

Dengan meningkatnya minat dan publisiti tentang Internet di Malaysia sejak kebelakangan ini, Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat tentang arah-tuju pembangunan perkhidmatan Internet.

Pada hari ini, Kerajaan Malaysia melalui MIMOS adalah satu-satunya pembekal perkhidmatan penuh Internet di Malaysia – meliputi capaian dalam dan luar negeri dan kemudahan perkhidmatan nilai-tambah untuk pengguna komersial dan bukan-komersial. JARING ialah nama rangkaian Internet di Malaysia. Pengguna boleh mencapai JARING/Internet melalui talian dail, talian litar suwa sama ada jenis analog atau digital dan juga capaian melalui ISDN. JARING akan terus menggunakan teknologi terbaik untuk faedah pengguna Internet di Malaysia.

Kerajaan akan terus meningkatkan kawasan liputan perkhidmatan JARING di seluruh negara untuk menentukan kesamaan capaian dengan kos yang termampu untuk penduduk di dalam dan luar bandar. Rangkaian ini akan disepadukan sepenuhnya dengan pembangunan Bandaraya Bistari Putrajaya dan “Multimedia Supercorridor”.

Keupayaan talian tulang belakang JARING akan juga diperkembangkan untuk menyokong aplikasi baru. Litar yang sedia ada sepanjang hampir 5,000 km dengan kelajuan 64, 128, 256, 512, 768 atau 1,536 kbps (bergantung kepada kawasan liputan) akan dipertingkatkan sehingga beberapa megabit sesaat (mbps) mengikut keperluan. Beberapa litar mungkin berkelajuan melebihi 100 mbps. Rangkaian tulang-belakang berkelajuan tinggi diperlukan untuk menyokong aplikasi multimedia untu transaksi komersial, pendidikan jarak jauh, perkhidmatan kesihatan dan pentadbiran kerajaan.

Dengan wujudnya aplikasi terbaru ini nanti, rangkaian kita akan menjadi setaraf, kalau tidak lebih baik, berbanding dengan rangkaian yang serupa di negara yang lebih maju.

JARING adalah satu-satunya rangkaian Internet di Malaysia yang mempunyai `gateway’ antarabangsa untuk sambungan kepada rangkaian yang serupa di negara lain di seluruh dunia. Sambungan sekarang ialah melalui Amerika Syarikat menggunakan talian gentian optik berkelajuan tinggi. Satu talian baru yang berasingan sedang dirancangkan untuk memperkukuhkan sambungan peringkat antarabangsa.

DARI KILOBIT KE TERABIT

Jika kita imbas kembali bagaimana teknologi Internet dimulakan di Malaysia, maka kita akan mendapati bahawa teknologi Internet ini mulai dicuba pada tahun 1983/84. Pada masa itu hanya terdapat sebuah komputer mini sahaja, dengan lebar jalur (bandwidth) 0 bit. Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Kelajuan pemindahan data ialah 1.2 hingga 9.6 kbps. Walaupun demikian, natijah terpenting ialah asas jaringan Internet mula bertapak di Malaysia.

Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64 kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian ini mengambil masa dua tahun sebelum menjadi sesak dengan jumlah pengguna yang semakin bertambah. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64 kbps. Peningkatan keupayaan ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian. Ia cuma bertahan selama setahun sahaja apabila lebar jalur tersebut turut penuh.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 di samping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps ke Amerika Syarikat yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET
97. JARING turut mempunyai beberapa talian 34Mbps tempatan.
Tahun Bandwidth 1987 1.2 – 9.6 kbps 14 NOV 1992 64 kbps 29 NOV 1994 1.5 Mbps 1995 1.536 Mbps 1995 2.048 Mbps 1997 34 Mbps 11 JUN 1997 45 Mbps OGOS 1999 60 Mbps Jika dibuat perbandingan terhadap teknologi lebar jalur yang semakin berkembang, maka kita akan dapati teknologi ini semakin meningkatkan kadar pemindahan data. Sekarang ini, pengguna rumah menyambungkan Internet melalui komputer peribadi (PC) dan talian telefon. Ini juga bermakna kebanyakan sambungan Internet di rumah adalah perlahan. Bagi menggambarkan kepentingan kelajuan, boleh dirujuk kepada masa yang diambil bagi menerima video 3.5 minit dengan menggunakan modem berkelajuan 28.8 kbps (ribu bit sesaat). Ia memakan masa selama 46 minit. Modem ini banyak digunakan oleh pengguna di rumah dan ia sangat perlahan bagi membawa kandungan multimedia.

Masa yang diambil bagi menerima klip video 3.5 minit dengan menggunakan teknologi berlainan
Jenis lebar jalur Masa pindahan Modem 28.8 kbps 46 minit ISDN 128 kbps 10 minit Modem kabel 4 Mbps 20 saat ADSL 8 Mbps 10 saat Modem kabel 10 Mbps 8 saat
Syarikat-syarikat telefon, satelit, penyedia perkhidmatan kabel, dan lain-lain sedang berusaha menghasilkan sambungan Internet yang lebih pantas. Teknologi lebar jalur terbaharu terus diperkenalkan, seperti ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) yang membolehkan talian telefon tembaga menghantar data pada kelajuan 8 juta bit sesaat (Mbps). Pada kelajuan ini, pengguna dapat menerima video 3.5 minit dalam masa 10 saat.

Peningkatan bilangan pengguna Internet di seluruh dunia akan mengakibatkan lebar jalur yang sedia ada penuh dan tidak mampu menampung jumlah yang semakin bertambah. Dalam masa yang sama bilangan komputer dan peranti lain juga turut bertambah memenuhi Internet. Lebar jalur T1 dan E1 yang banyak pun tidak boleh memenuhi semua penggunaan Internet.

Dalam menangani perihal ini, wujud satu program yang dinamakan Internet generasi mendatang atau Next Generation Internet (NGI). Antara matlamat NGI ialah menyediakan penalaan (routing) dan pensuisan terabit, jaringan yang boleh mentadbir diri sendiri, dan testbed berkelajuan tinggi. Projek yang dimulakan di Amerika Syarikat ini menggabungkan ARPANET, CSNET, NSFNET, NASA dan pelbagai badan lagi.

Dari segi aktiviti pembangunan dan penyelidikan, projek ini bermatlamatkan untuk menghasilkan Internet II. Ia akan melibatkan pembinaan jaringan penyelidikan dan enterprise terkini untuk aktiviti penyelidikan dan aplikasi multimedia sepenuhnya. Aplikasi teknologi rangkaian dan protokol baru akan diperkenalkan dalam menghasilkan Internet II.

Oleh itu, satu revolusi bagi menampung keperluan lebar jalur Internet II telah dikenal pasti. Inilah revolusi yang dinamakan OC-12 dengan kapasiti kelajuan 622 megabit sesaat dan OC-192 dalam kapasiti kelajuan 10 gigabit sesaat. Melalui penggunaan sistem WDM (wavelength division multiplexing), sebanyak 16 OC-192 aliran bit akan diletakkan dalam setiap gentian optik. Ia akan menghasilkan kelajuan sebanyak 160 gigabit sesaat. Dengan bilangan saluran atau konduit yang sedia ada di tempat-tempat tertentu, muatan sebanyak 30 terabit dapat dihasilkan.

Melalui modem kabel selaju 10 Mbps, kita dapat mengambil video 3.5 minit hanya dalam masa 8 saat, bayangkan berapa banyak klip video dan kandungan multimedia dapat dipindahkan dengan kelajuan 30 terabit sesaat! Pihak yang membangunkan WDM juga turut bekerjasama dengan pihak Cisco, Juniper, Avivi dan syarikat router lain bagi menghasilkan router terabit.

Mikroblogging Tumblr

Tumblr adalah sebuah servis mikroblogging di mana anda hanya perlu menghantar entri-entri yang pendek sahaja, dalam bentuk teks, gambar, video, link, quote, mahupun audio.

Kelebihan mikroblog seperti Tumblr adalah anda tidak perlu terlalu formal dan serius dalam menulis entri. Tumblr juga memudahkan anda menerbitkan entri dengan menyediakan bookmarklet bagi browser. Anda juga boleh menerbitkan entri melalui emel, MMS, mahupun pada dashboard Tumblr sendiri.

Tumblr menyediakan pelbagai theme yang cantik, terutamanya bagi blog foto. Kesimpulannya, Tumblr adalah sebagai tempat anda meluahkan buah fikiran yang lebih panjang dari Twitter namun lebih pendek dari Blogger.

Klik di sini, http://www.tumblr.com/

Namechk.com, boleh diguna untuk menyemak kata nama anda

Pernahkah kata nama atau username yang anda gunakan di internet dipakai oleh orang lain?

Anda masuk saja ke laman web Check Username untuk membuat semakan.

Warna hijau merujuk kepada nickname yang belum digunakan

manakala

warna merah pula adalah username yang telah dipakai.

Daftarlah segera sebelum username anda diambil orang. Dan ini tentu memudahkan anda merancang username yang hendak anda gunakan..

http://namechk.com

Install Yahoo Messenger Pada Platform Linux Ubuntu

Anda ingin  menggunakan Yahoo Messenger pada platform Linux Ubuntu?
jika anda mempunya access root pada workstation Linux anda.
Ikutilah langkah-langkah di berikut:
LANGKAH 1

Install libssl0.9.6 menggunakan Synaptic. Gunakan arahan:

sudo apt-get install libssl0.9.6


-ATAU-

Download fail deb dari lokasi Yahoo Messanger berikut:
http://download.yahoo.com/dl/unix/ymessenger_1.0.4_1_i386.deb

LANGKAH 2

Pada terminal Linux anda tulis:

sudo dpkg -i /path/ymessenger_1.0.4_1_i386.deb

dengan menukar path ke lokasi folder yang anda telah download.

LANGKAH 3

Run /usr/bin/ymessenger and ikuti arahan ringkas untuk setup Yahoo Messenger anda. icon akan dipaparkan pada desktop anda.

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam
diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang
kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaat

dipetik dari

http://www.raihan.com.my/v3/album-03senyum.html

How to backup and restore Thunderbird Email

First,

you must download thunderbird email from this site

http://www.mozillamessaging.com/en-US/thunderbird/

————————————————————————————————————————-

Backup Your Thunderbird Profile & Emails Using MozBackup for windows

download MozBackup from this site MozBackup-1.4.10-EN

Once you downloaded and installed MozBackup, run it.

The welcome screen will open; click Next. MozBackup will switch to the Operation Type screen: from there, choose Backup a profile, and select Thunderbird from the applications listed; click Next.

The next screen, “Profile selection”, lets you choose which profile to backup: you will probably see just one profile, “default”. Select it, and click the Browse button; pick the folder where you want to place your backup file. (You can also take this opportunity to name the backup file as you like.) Click Save, and Next.

MozBackup will then offer you the option to password-protect your backup file, why not choose yes – just in case.
The next screen lets you pick which files to backup. We recommend that you pick at least emails and address books, and certificates (if any).

Click Next, and MozBackup will store backup information in the file your determined earlier.
The duration of the backup process will mainly depend on the amount of emails you have.
If you backed up your profile on your computer, it might be a good idea to store a copy of the file on an FTP server. (It is probably not feasible to email yourself the file to a free webmail account, as these backup files can get very large.)

:) yahooo….my email problem is settle…hehehehhe

source from http://www.freeemailtutorials.com

Polis near Johor Bahru, Johor

Disini saya sertakan peta balai-balai polis yang berdekatan johor bahru,johor

Klik Disini

Free sms

Free SMS

Hmmmm…free sms…bagus gak bila tiba2 topup phone dah abih atau phone masuk air…hehehe

Disini saya ingin kongsikan beberapa Url web free sms..

bukan nak promote tapi mungkin ada insan yang memerlukan dalam sesuatu situasi yang memerlukan komunikasi sedangkan hphone nya ada masalah

http://for-ever.us/

http://sms.60s.bz/index.php

Ralat “Regedit is disabled by the administrator”

Pasti anda murung apabila menghadapi serangan virus. Tidak cukup dengan itu, apabila ingin menyelesaikan masalah virus, terpaksa hadapi dengan ralat “Regedit is disabled by the administrator” dimana anda tidak dibenarkan untuk menjalankan program Regedit.exe walaupun id anda adalah Administrator. Artikal ini mungkin dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Kaedah-kaedah penyelesaian

Kaedah 1

  1. Klik pada Start>Run kemudian taip arahan dibawah.

REG add HKCU\
Software\
Microsoft\
Windows\
CurrentVersion\
Policies\
System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f

2.Kemudian Enter.
3.Untuk menjalankan program Regedit klik pada Start>Run> taip regedit kemudian Enter. Regedit akan

dipaparkan.

Kaedah 2

Menggunakan Program Group Pilicy Editor(Hanya untuk Windows XP Professional).

  • Klik Start>Run dan taip gpedit.msc dan klik Enter.
  • Ikut turutan arahan dibawah :
  • User Configuration > Administrative Templates >System

  • Klik dua kali pada  Disable registry editing tools dan tetapkan pada Not Configured.
  • Keluar dari Group Policy Editor dan Klik Start>Run dan taip regedit

Kaedah 3

Sekiranya anda masih gagal untuk menyelesaikan masalah ini, masih ada kaedahnya iaitu simpan aturcara dibawah didalam program Notpade kemudian save dengan nama *.vbs (contoh e&dRegeditTools.vbs)

Option Explicit
‘Declare variables
Dim WSHShell, rr, rr2, MyBox, val, val2, ttl, toggle
Dim jobfunc, itemtype

On Error Resume Next

Set WSHShell = WScript.CreateObject(“WScript.Shell”)
val = “HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableRegistryTools”
val2 = “HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableRegistryTools”
itemtype = “REG_DWORD”
jobfunc = “Registry Editing Tools are now ”
ttl = “Result”

‘reads the registry key value.
rr = WSHShell.RegRead (val)
rr2 = WSHShell.RegRead (val2)

toggle=1
If (rr=1 or rr2=1) Then toggle=0

If toggle = 1 Then
WSHShell.RegWrite val, 1, itemtype
WSHShell.RegWrite val2, 1, itemtype
Mybox = MsgBox(jobfunc & “disabled.”, 4096, ttl)
Else
WSHShell.RegDelete val
WSHShell.RegDelete val2
Mybox = MsgBox(jobfunc & “enabled.”, 4096, ttl)
End If